Pages

Saturday, 24 November 2012

Resepiku

25.112012

Salam...semua.

Hari ini aku nak share lah masakanku malam tadi.  Kacang goreng jer...tp rasanya different sikit n yg penting best. Kalu nak cuba layan resepiku di bawah ini...



Nama masakan : Kacang Goreng Gau Gau

Bahan-bahan :
1. 2 ulas bawang putih  (dipotong kecil)
2. 1 ulas bawang besar (saiz sederhana jer) (dipotong)
3. 3 sudu besar udang geragau basah.
4. 3 sudu besar cili giling
5. 1 sudu kecil sos tiram
6. 1 cawan kacang panjang ( dipotong serong)
7. 1 cawan cendawan tiram ( dikoyak-koyakkan)
8.  Lobak merah (dipotong bulat)
9. 3 sudu minyak masak
10. Garam secukup rasa


Caranya Penyediaannya:

1.  Panaskan minyak masak dalam kuali.
2.  Masukkan bawang putih, kemudian bawang besar, kacau hingga berbau wangi.
3.  Masukkan cili giling, kemudian diikuti udang geragau dan sos tiram.Kacau seketika.
4.  Masukkan lobak merah dan kacang panjang. (tutup kuali sekejap untuk cepat masak)
5.  Masukkan cendawan tiram dan sedikit garam.  Kacau hingga masak.
6.  Sedia untuk dihidang.

**( makan waktu panas-panas dengan nasi panas memanglah best...cuba lah : )

Monday, 19 November 2012

Wedding's kak Ngah

Salam, 
aku nak share la majlis kahwin Kak Ngah 17 November 2012.  Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Majlis perkahwinan Kak Ngah boleh dikatakan sederhana n simple but okeylah kira tenang n meriahlah juga.

SELAMAT PENGANTIN BARU
AZANI & YAN 

Pelamin pengantin buatan sendiri jer..tapi still nampak menarik kan? n..yang penting save budget.

Yang boy tu..si Aqil anak sulung aku n that girl Aleesya 2 pupu Aqil

Upacara akad nikah
Tukang akadnyer merangkap wali n adik Kak Ngah iaitu En Azlan, my hubby ler tu. Hari tu..sahlah Yan jadi suami Kak Ngah dengan sekali lafaz jer.

 Menunggu penuh sabar, saat diijabkabulkan : )




 Eh, malu-malu kucing la plak !

Tahniah ! semoga kekal berbahagia di dunia dan akhirat














Hantaran dari pihak perempuan yang sempat aku snap.  Gubahan buah-buahan tu..aku yang touch-up tau, touch-up jerlah..bakulnyer dah siap ader bunga pun.Sirih junjung tu pulak kak Yati jiran sebelah umah mak yang buatkan. Tq yer.


2 handsome guys...Abah n Azib... : )
 
with emak pengantin perempuan..ibu mertuaku la.
 
That's all..ini ajerlah yang dapat kucatatkan di hari bahagia kak ngah n abg yan. Gambar2 ni tk brp memuaskan kan? tak terang...Insya Allah kalu aku dapat gambar yg ok aku upload lagi disini.








SPPBS OH SPPBS....

Pagi,20.11.2012 

Hari kedua aku menulis di dada blogku sendiri.  Apa citer hari ni yer? SPPBS lagi..aku masih tak siap isi..line cam siput.....malam tadi pun..aku tidur-tidur ayam depan notebook tunggu line ok sampai ke pagi...huhu nak wat camner ni? Yerla..memang salah aku la..last minute baru terhegeh-hegeh nak isi.  Tapi... tak juge...100% salah aku la..30% salah pentadbiran n pengurusan SPPBS ni yelah..macam-macam masalah. Dari awal tahun lagi, benda ni takleh 'on' coz masalah teknikal pengurusan SPPBS di sekolah aku. Dah penghujung tahun baru boleh masuk prestasi dan masa tu jugak aku tengah pening-sepeningnya dlm tahap kritikal dengan 3 assignment aku. 

Dalam masa yang sama gak aku bekejar pulang ke Terengganu emak aku masuk hospital. Balik dari Terengganu, kenduri kahwin lak di rumah mak mertua.  Memang penat, pening dan tk sempat ler aku nk semakkn kepala aku dengan benda alah ni. 18.11.2012 lepas hantar assignment terakhir 'Chemistry' baru la..otak aku leh pikir psl SPPBS. 

Tapi akibatnyer....sampai sekarang..di waktu dan ketika ini...aku hanya boleh tengok jer searh engine tu berpusing. So..30% salah line laman SPPBS ler lembab sesangat n...40% memanglah salah aku tkleh pikir byk  n tkleh wat banyak keje penting dalam satu masa.  Ya Allah...apa lagi la aku boleh buat ?  Doa, usaha n tawakkal semoga aku dapat gak siapkan SPPBS ini. Amin.

Dan...aku memang tak bergerak didepan notebook n komputerku malam dan siang kecuali terpaksa hantar n ambil Aqil dari Tadika Amirah (abahnyer cbuk pi meting tanda kertas SPM.  Kemudian, terpaksa lak anak aku ni pi post ke rumah mak mertuaku (kalu tak post..sah tkleh wat kerja, sebab notebook yang boleh guna internet explorer ni dah jadi hakmilik Aqil untuk main game). Nat wat camner dua beradik ler kat sana.  Nasib baik gak ader si Haikal, anak buahku yg 10 tahun tu...tinggalkan sekali utk tengok2kan dua beradik tu..Aqiln Azib.

Petang 20.11.2012
Kalu nak kata fed-up tu...berkali ganda fed-up ngan SPPBS ni.  Bayangkan, walaupun aku leh masuk sistem, dah siap klik brp puluh kali ntah utk murid yang sama, bila time save jer..tak dapt save n trpksa key in id n password semula..n trpaksa buat balik utk budak yang sama.  Cubalah korang bayangkan tahap ketensionan aku.  Ader juge aku trase mcam nk hentak2 notebook ni. (nasib baik itu hanyalah bayangan kemarahan melampau yg dikuasai oleh syaitan kn).  Aper jer yg boleh dilakukn selain dr bersabar huhu.

Untuk kali keberapa puluh kali benda yang sama aku alami kemudian, mata aku tertancap pada ayat pengumuman yang paling indah n manis kurasakan...ayatnyer berbunyi begini ;

Dimaklumkan bahawa tarikh akhir kemasukan prestasi murid Tahun 1 dan Tahun 2 2012 ke dalam SPPBS telah dilanjutkan kepada 30 November 2012.  Terima kasih.

Tanpa berlengah lagi aku terus bergegas ke bilik air untuk ambil wuduk. Dah selesai berwuduk, aku tgk jarum jam menunjukkan 3.00 lebih.  Terkedu kejap, aku nak solat aper ni? bukan ker aku dah solat Zuhur tadi siap doa penuh harapan agar Allah SWT memberi pertolongan dan memudahkan urusan SPPBS.  So...buat sujud syukur la dulu...dengan penuh keinsafan dan satu pengajaran buat diriku.  Ya Allah ..syukur Alhamdulillah.

Upgrade Blog Lagi

Salam..n Selamat malam...

Aku tengah tunggu laman sppbs..huhu lembab bebenor.  Tengah berdebor la juge dah le besok tarikh akhirnya.  But..relax..dah ada blog ni tulis blog dulu la ye. Kenalah praktis dengan lebih kerap ckit..barulah cepat pandai.  Aku baru jer lepas edit profil n upload gambar my profile.  Caranya senang jer...

1. Klik kat edit profile
2. Borang edit profile tu kuar, so..tambah la ape yang patut
3. Upload profile cam fb gak. pi kat browse n pilih gambar dr file gambar.

Huh...sppbs masih berpusing. Apa aku nak buat ni? untuk hilangkan kerisauan.

Sunday, 18 November 2012

Belajar lagi

Sekarang nak belajar searh engine k..

1st time buat blog

Salam...1 Malaysia,

Hari ini 19.11.2012, Alhamdulillah sukanya hatiku ini dapat buat blog.  Dah lama dah..teringin nak buat blog sendiri tapi tak jumpa sifu yang boleh ajar tanya kengkawan takde lak yang tahu last2 aku godek2 sendiri jer la.  Senang jer rupanya. Ni cara aku aku buat blog sebentar tadi.

1. Mula-mula pi kat google, taip jer "Cara Membuat Blog".
2. Lepas tu pilih blogspot yang menerangkan cara buat blog.
3. Then, ikutlah cara yang ditulisnyer tu.
4. kalu takde akaun google kena daftar dulu la.
5. Dah siap tu... masuk ke www.blogger.com and sahkan profile n create la new blog.
6. Lastly, posting la message seperti yang tengah aku buat ni.

Huh...banyak nak kena belajar lg ni...hope aku dapat buat blog tercantik n terhangat.  Insya Allah.