Teratak Idaman... bilakah kau dapat kududuki???
Dari awal tahun lagi 2012...kami telah memilikimu...tapi sampai ke akhir tahun ini, kami masih tak dapat mendudukimu..huhu. Namun, kami tetap bersabar...apa sahaja ujian dan dugaan yang menimpa kami redha menerimanya. Kami hanya merancang...Allah SWT penentu segalanya. Sudah pasti ada hikmah disebalik kejadian.
Hari ni...nak bersyahdu sikit...mengenangkan rumah baru aku. Sejak dari tarikh membelinya...pelbagai rancangan telah kami susun, sebagai persediaan untuk mendudukinya. Biasalah...rumah baru..mestilah banyak persiapan perlu dibuat sebelum masuk rumah kan....nak pasang grill, wiring, lampu, kipas, gate dan sebagainya. tak banyak pn..buat renovate, just pagar tu jer la..tukar jadi tembok batu. Budget pn..takderlah sebanyak manapun...buat yang mana penting dan yang termampu dulu. Janji...paling lewat, bulan November 2012 dah boleh masuk rumah.
Pembinaan pagar ni pn..mengambil masa berminggu-minggu nak disiapkan
Dalam tempoh menyiapkan dan menyediakan segala keperluan...banyaklah dugaan yang datang contohnya, si tukang grill tersalah design grill rumah aku. walaupun..dia dah siap pasang grill, aku suruh dia buka balik, ada ker patut...orang suruh buat lain..dia pi buat lain. Memang memakan banyak masa ler...mana tknyer..terpaksalah...grill umah aku tu..dibawa balik ke Bangi untuk dibuat semula. Actually, pintu pagar tu..pun tak ikut design sebenar yang aku nak...tp takper la...kesian pulak pada pekerja-pekerjanya nak repair dan angkut balik ke Bangi. Benda tu plak..bukannyer ringan kan...hai..cukup berperikemanusiaan lah aku plak kan.
Selepas beberapa minggu, grill rumah aku siaplah...dan diorang dengan bangganya datanglah pasang. Kali ini..betul-betul ikut design yang aku nak. Tapi...bila aku tengok betul-betul...membaranya hati aku. Tengoklah bahagian pintu depan ni...aduh..geramnya, perasan tak bunga padi pintu depan tu arahnya tak sama dengan tingkap. Walaupun...hati ini..geramnya tuhan jer yang tahu...atas keperimanusiaan kali ke2..takde ler pintu grill tu dibuka untuk kali kedua kalinya.
Hari demi hari..kami berdikit2...menyiapkan segala keperluan. Ada masa sikit, kami akan bekejar ke kedai lampu..bukan sahaja seluruh bandar Melaka ni..kiteorang jelajahi, dua kali jugaklah sampai ke Nilai, mencari lampu dan kipas yang dihajati. Kali pertama, satu biji lampu pn...tak dapat kami beli. Macamana nak beli kalau kepala dah pening melayan gelagat dua orang anak aku yang pelbagai ragam. huhu...
Aksi Aqil n Azib di kedai lampu Nilai 3
Cerita seterusnya, semasa pemasangan lampu dan kipas di rumahku. Pening jugak..nak pilih siapa yang akan buat wiring dan pemasangan. Lastly, kami sepakat untuk memilih sorang tokey wiring ni...Bila tiba hari yang dijanjikan, tokeynya..tak datang pun.., cuma dua orang pekerjanya aje. Tu..pun budak2 lagi..sekali pandang..cam tak confident jer. Pastu, apa yang terjadi, sama kes macam grill rumah aku, lain yang disuruh, lain yang dibuat...sudahlah begitu, 1 hari jer...datang buat kerja...lepas tu tak nampak batang hidungnya. bila tanya si Tokey..katanya pekerjanya sudah lari. Kalu macam ni...bilalah rumah aku nak siap.
Tunggu punya tunggu, akhirnya Tuan Lan my hubby buat keputusan untuk buat pemasangan sendiri. Suprise jugalah aku..bila tgk lampu dan kipas, berjaya telah berjaya dipasang. Tak sangka walaupun bidang terjun, hubbyku terror jugak. Terima kasih jugalah..buat En Shahril kawan hubbyku yang sudi menunjuk ajar dan Amir adiknya yang sanggup membantu.
Bulan November telah pun tiba, segala persiapan sudah siap seadanya. Kami plan lepas jer kenduri kahwin Kak Ngah 17 November, minggu berikutnya kami pulak nak buat kenduri sikit nak masuk rumah. Namun, pada 17 November 2012 juga memusnahkan rancangan kami. Rumah kami dirompak, habislah wire dan kabel elektrik dibawa lari. So now, lampu dan kipas sudah tidak dapat dipasang. Macamana nak duduk?? Nak buat balik benda tu sumer makan belanja ribuan juge.
Ya Allah...Engkau Maha Mengetahui...permudahkanlah urusan kami ya Allah. amin.
