Pages

Monday, 3 December 2012

BIAR LAMBAT ASAL JANGAN TERCEKIK

12.02.2012

Biar Lambat Asal Jangan Tercekik...

Ini adalah peribahasa ciptaan aku sendiri.  Maksudnya, biarlah kita lambat mendapatkan sesuatu perkara atau benda tetapi ianya tidak akan memudaratkan diri sendiri.

Aku gunakan peribahasa ini untuk mengingatkan diri aku dan orang lain (kiranya nak ikut caraku) dalam pengurusan kewangan peribadi dan keluarga aku.  Jadinya, kalau kita nakkan sesuatu benda tetapi masih TIDAK BERKEMAMPUAN untuk memilikinya SABAR lah dulu.  Bila kita kena SABAR, memanglah kita akan perlu menghadapi PENYIKSAAN DALAM PENANTIAN...tapi takpe...biarlah kita BERSUSAH PAYAH DAHULU ASALKAN KITA DAPAT BERSENANG LENANG DI MASA HADAPAN.

So...dalam erti kata yang lain, kalau kita inginkan sesuatu barang...TETAPI tidak mampu dari segi kewangan JANGAN BERHUTANG.  Jika kita terpaksa berhutang dengan orang, maksudnya memang kita TIDAK MAMPU.  Jadikanlah prinsip hidup kita...KALAU TAK MAMPU, JANGAN BELI.

Memang betul, dalam dunia sekarang nak tak nak kita terpaksa berhutang.  Namun, kita kena pastikan barang, tempat dan masa yang sesuai untuk kita berhutang.  Contoh barang yang perlu berhutang ialah RUMAH dan KERETA.  Untuk memiliki barang tersebut, pastikan kita berhutang di tempat yang sesuai, biasanya di bank lah.  Bila nak berhutang dengan bank pulak, pastikan juga kita mampu untuk membuat pinjaman.  Jika kita perlu PENJAMIN untuk proses pinjaman tersebut, bererti kita masih tidak mampu sepenuhnya untuk membuat pinjaman.  Ini adalah kerana, kita telah melibatkan orang lain untuk sama-sama menanggung LIABILITI yang kita miliki.  So..jadikanlah prinsip hidup kita, JANGAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN UNTUK HIDUP SENANG.

Aku juga sentiasa ingatkan diri aku...BUKAN MUDAH UNTUK HIDUP SENANG, DAN BUKAN PAYAH PUN...UNTUK JADI SUSAH.  So..sebab tu, sentiasalah berhati-hati dalam menguruskan kewangan.  Kalau tak mampu duduk jer diam-diam dulu..bermohonlah kepada ALLAH SWT agar diberikan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.  InsyaAllah segala kesulitan dan kepayahan akan dapat diselesaikan dengan mudah.  Namun, kalau kita asyik fikirkan SUSAH... dan tidak boleh menghadapi kesusahan tersebut, SUSAHLAH jawabnya.  Ingatlah...hidup ini penuh dengan ADVENTURE...jika kita dapat melepasi CABARAN tersebut kita juga yang akan merasa puas dan BAHAGIA.

Oleh itu untuk diri aku..dan orang-orang yang sewaktu dengannya....BERSABARLAH UNTUK MEMILIKI SESUATU.  Jangan kita ambil jalan mudah dengan BERHUTANG SANA-SINI...jika hidup sentiasa fikirkan pasal HUTANG...SAMPAI BILA-BILA PUN HIDUP TAKKAN SENANG...PERCAYALAH.  WALLAHUALAM.


No comments:

Post a Comment